Monday, 23 May 2011

Selamat Mendapatkan Wasiat Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Bismillahirrahmanirrahim.


              Alhamdulillah,segala puja dan puji bagi Allah Subhanahu Wataala,kerana rahmatNya ,kasih sayangNya dan iradatNya,dapat juga ana menghasilkan sebuah blog yang tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah Azza Wajalla.


              
 Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi dan Rasul yang mulia,dan juga kekasihNya, Nabiyyuna Muhammad Sollahu A'la Alihi Wasohbihi Wabaraka Wasallam yang cintanya yang tidak pernah pudar kepada umatnya.


Marhaban Bi Washiyyati Rasulillah صلى الله عليه وسلم ,


               Ungkapan ini sering dituturkan oleh ustazuna, Al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll ketika ustaz memulakan pengajian talaqi bersanad di Pusat Asasi Universti Islam Antarabangsa Petaling Jaya.Alhamdulillah, pengajian ini sudah mula mendapat tempat di hati pelajar CFS yang mana bilangan ahli pengajian mula bertambah dari hari ke hari.Setiap pencinta majlis ilmu pastinya ternanti-nanti majlis sebegini kerana Al Fadhil Ustaz banyak menekankan tentang kecintaan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم ,ahlul bait dan banyak menyampaikan kisah tentang kehidupan para ulama' yang sangat jarang kita dengar selama ini. 



Untuk makluman lanjut sila klik link ini  http://www.jom-talaqi.com/2011/02/sejarah-pengajian-talaqi-di-universiti.html


Justeru, di kesempatan ini ana ingin berkongsi mengenai kalam "marhaban bi washiyyati Rasulillah صلى الله عليه وسلم " yang insyaAllah boleh kita amalkan selepas ini. 


Rasulullah Shallallahu’alaihi wa Sallam bersabda : ”Akan datang sekelompok kaum yang mencari ilmu, maka bila kamu sekalian melihat mereka, maka sambutlah mereka. ”Selamat datang, selamat mendapatkan wasiat Rasulullah Shallallahu’alaihi wa Sallam.” Maka ajarilah mereka.” (Hadits Riwayat Ibnu Majah, Pada Bab 22 Wasiat kepada para pencari ilmu, dari Abu Sa’id Al-Khudriy)


Semoga bermanfaat!


Sumber : http://www.jom-talaqi.com/2011/02/sejarah-pengajian-talaqi-di-universiti.html


               http://www.facebook.com/topic.php?uid=98497318509&topic=10473






No comments:

Post a Comment