Tuesday 15 November 2011

Semerbak Taman Syurga

MARHABAN BI WASHIYYATI RASULILLAH  
صلى الله عليه وسلم
 
 
MAJLIS TALAQI UIA PJ
 Oleh
Al Fadhil Al Walid Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariyy
 
"PENGAJIAN KITAB BIDAYATUL HIDAYAH"
 

HARI:RABU
TARIKH: 16 NOVEMBER 2011
MASA:7.35 PM
TEMPAT: SMWP3
 
Telah berkata Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al Maliki...
"Tidak ada amalan yang mana para malaikat merendahkan sayapnya serendah-rendahnya melainkan majlis ilmu"

Sebarkan kepada ummah seluas-luasnya..

Wednesday 9 November 2011

Buku: Siapa Sebenarnya Wahabiy?


Wardah Ad-Deen(Sumber facebook)









بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Assalamu'alaikum wbt, sebagai amanah daripada guru kami Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll. Mohon disebarluaskan berkenaan kitab ini. InsyaAllah. Sama-sama kita memperjuangkan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Semoga usaha ini menjadi saham kepada kita. Allahumma Ameen. Silakan share tanpa keizinan daripada saya. Doakan saya ya. Jazakumullahu khair. InsyaAllah

Harga Buku : RM25

Mengenai buku:
Buku ini menjelaskan tentang latar belakang fahaman Wahhabiy, sejarah kemunculan, sejarah perbandingan, realiti sejarah global dan sejarah kemunculan Wahhabiy di Tanah Melayu. Buku ini juga membongkar doktrin pemikiran Wahhabiy, tokoh-tokoh Wahhabiy Timur Tengah, kesan negatif fahaman Wahhabiy dan perkaitannya dengan keganasan global, perbandingan hujjah di antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Wahhabiy, kritikan ulama sunni terhadap Wahhabiy dan status terkini Wahhabiy di Malaysia.

Garapan buku ini bertambah menarik apabila ia didedahkan oleh seorang pengkaji Wahhabiy. Beliau telah menyampaikan lebih 2000 ceramah berkait dengan ajaran sesat dan gerakan ekstrimis di Malaysia kepada pelbagai universiti, institusi pengajian tinggi, kementerian & jabatan kerajaan, Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), masjid-masjid dan surau-surau dan pelbagai syarikat swasta.

Diberi kata alu-aluan oleh Al-Fadhil al-Faqih, Dato’ Haji Mohd Saleh Hj Ahmad dan Al-Fadhil Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady.

Komen Al-Fadhil Ustaz Abu Muhammad (
http://bahrusshofa.blogspot.com/):
“Karya terbaru al-Fadhil Ustaz Zamihan hafizahullah. Memberi penerangan mengenai sikap dan kefanatikan puak Wahhabiy dan bahayanya. Elok untuk dibaca agar kita tahu siapa puak-puak ini, apatah lagi sekarang ni ramai asatizah dan protaz yang terpengaruh dengan dakyah ini mula menyusup masuk ke berbagai badan kerajaan, swasta dan parti - parti politik….”

Tuesday 8 November 2011

Talaqi Intensif Januari 2012

Cepat2 daftar..Jangan lepaskan peluang untuk mendah kitab dengan alim ulama'!

Sajak Buat Sang Murabbi


Titisan Cinta

Siraman tarbiah sang guru,

Membajai hati-hati yang rosak,

Meluluhkan hati-hati yang keras,

Menyinari hati-hati yang malap,

Menyuburkanhati-hati yang gersang,

Sehingga hati-hati ini bercambah
Kecintaannya kepada Mu Ya Rabb,

Sehingga hati-hati ini subur
kecintaannya kepada kekasihMu Sollahu Alaihi Wasallam,

Sehingga hati-hati ini yang semalamnya
Semacam tiada harapan sembuh,

Lantas titisan kalam di bibirmu,
Membuat hati-hati ini luruh dalam kesayuannya,
Membuat mutiara jernih mengalir di alis mata,

Moga,titisan air mata ini,
Menjadi saksi di hadapanMu nanti,

YaArhamarRahimin,YaArhamarRahimin, YaArhamarRahimin…

11.05 pagi, 26/09/2011, AMF HALL


Friday 4 November 2011

UM Bersolawat!

Ayuh semarakkan mahabbah Rasulullah dalam hatimu!

Pesanan Buat Penuntut Ilmu ke Jalan Akhirat

“Para penuntut ilmu akhirat sekelian, pesanan daripada Al-Alim al-Allamah al-Faqih al-Ushuli, Tuan Guru Haji Saleh Sik Kedah, hafizhahullah, agar kita berusaha untuk tidak tinggalkan solat Asar secara berjemaah pada esok hari (Hari Arafah, 9 Zulhijjah 1432H/ Sabtu, 5 November 2011), munajat, tawajjuh dan berdoa, mengharapkan rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah  di saat para hujjaj melakukan Wuquf di padang Arafah.

Pesan ustaz: Berusahalah tumpukan melakukan amalan-amalan taqarrub (yang mendekatkan diri kepada Allah , dengan solat, membaca Al-Quran, zikir, bermohon doa, munajat, ibtihal dan maghfirah serta husnul khatimah (pengakhiran yang baik), kerjakan segala hasanat (kebaikan) dan jauhkan diri dari perkara dunia yang lagha (melalaikan) dan memasyghulkan (menyibukkan) hati dari ingat kepada Allah , dari selepas Asar esok hari (Hari Arafah) sehingga tengah malam malam Hari Raya Adha kerana itulah tempoh masa para dhuyufur Rahman (tetamu Allah ) sedang berwuquf di bumi mulia Arafah. Itulah saat yang penuh dengan keberkataan dan ijabah (permohonan dikabulkan oleh Allah ).

Kemudian hidupkanlah malam Hari Raya dengan amalan-amalan yang telah dinukilkan dahulu… Sampaikanlah kepada ahli-ahli pengajian yang lain.”

Al-Faqir ilalLahil Qodir,
Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariyy
Khuwaidim Tholabah al-Ilm asy-Syarif
Jumaat, 8 Zulhijjah 1432H/ 4 November 2011
Petaling Jaya, Selangor.